Selesema
Apakah itu selesema? Iaitu satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh virus. Ia adalah satu penyakit yang sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berusia sehingga 2 tahun. Hampir semua kanak-kanak mendapat banyak kali selesema dalam setahun dan kadar ini akan lebih lagi berlaku kepada mereka yang tinggal di rumah asuhan kanak-kanak, rumah kebajikan dan sekolah.
Apakah tanda dan simptom selesema?
Simptom yang biasa adalah: Batuk. Demam. Sakit tekak. Sukar bernafas. Hidung tersumbat dan akan semakin teruk dan berkahak. Akan bernafas melalui mulut kerana hidung yang tersumbat.
Simptom lain termasuklah: Bersin. Keletihan. Sakit kepala. Hilang selera makan. Muntah dan cirit-birit.
Bolehkah selesema membawa kepada komplikasi yang lebih serius?
Ia mungkin akan menyebabkan berlaku jangkitan kepada bahagian telinga tengah atau menyebabkan cecair terkumpul di bahagian ini.
Apakah rawatan untuk selesema?
Selesema adalah satu penyakit kendiri. Tiada rawatan khusus diperlukan dan rawatan dilakukan hanyalah dengan membuat kanak-kanak itu merasa selesa. Langkah-langkah penting termasuk:
- Rehat yang sempurna.
- Mengambil banyak air.
- Mengambil makanan yang berzat.
- Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat mereka selesa.
- Antibiotik tidak diperlukan.
Langkah-langkah untuk melegakan hidung tersumbat:
- Menggunakan titisan salin nasal sebelum memberi bayi makan atau tidur.
- Dalam kes yang lebih teruk, boleh gunakan ubat pelega sesak hidung tetapi mesti berhati-hati kerana kesan sampingan seperti rasa mengantuk, tidak selesa dan sukar untuk tidur.
- Gunakan penyedut lendir manual untuk kes yang lebih teruk.
- Aspirin tidak sesuai bagi mereka yang kurang dari 15 tahun. Ia boleh dikaitkan dengan satu penyakit yang serius dipanggil ‘Reye’s syndrome’.
Bolehkah selesema dirawat?
Selesema tidak boleh dicegah tetapi ada cara untuk mengurangkan kadar jangkitan:
- Jangan terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti.
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas menyentuh hidung.
- Gunakan tuala tangan pakai buang menggantikan sapu tangan.
- Ajar anak-anak supaya menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dan basuh tangan serta merta.
- Jika seseorang mendapat selesema, mereka hendaklah menjauhi pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah.
- Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat.
- Vaksin hanya terdapat untuk beberapa viral strain yang khusus. Ia tidak praktikal digunakan di Malaysia kerana virus yang menyebabkan selesema ini biasanya wujud sepanjang tahun. Lebih-lebih lagi ianya tidak kos efektif.
Penulis : Dr. Norrashidah Hj. Abd Wahab, Dr. Nor Mahani Harun (myhealth.gov)
NAJLAA.BABY.SKINCARE
PRODUK YANG MEMBANTU MASALAH BATUK SELSEMA
HERBAL OIL DAN ESSENCE RUB (BALM )
Membantu mengurangkan masalah selsema, batuk, melonggarkan kahak.Sapu di dada, tengkuk dan belakang. Bolehdapatkan dari agen berdekatan, atau online shopping.
No comments:
Post a Comment